Pages

Showing posts with label sinbad the sailor. Show all posts
Showing posts with label sinbad the sailor. Show all posts

Thursday, 17 March 2016

THE FOURTH VOYAGE OF SINBAD THE SAILOR

∠( ᐛ 」∠)_

JOM~~~~~ apa tunggu lagi guys~~~

anyway... macam ada one question nak tanya u guys..

siapa watak anime yang u guys paling suka dalam MAGI???


KING suka gila pada sharrkan dan masrur <3

ok.. jangan nak banyak cerita


anyway... mengenai pelayaran SINBAD yang keempat... disebabkan terlalu bosan dengan kehidupannya... SINBAD bertolak sekali lagi untuk pelayaran seterusnya... dan sekali lagi juga kapal mereka musnah dan terdampar di sebuah pulau

tetapi kali ini mereka telah diselamatkan oleh sekumpulan manusia yang kelihatan baik namun mereka telah merancang sesuatu, sepanjang mereka berada disitu, mereka telah dihidangkan dengan makanan yang banyak dan herba herba yang membuatkan mereka ingin makan tanpa henti sehingga gemuk.

melihat keadaan tersebut, SINBAD menolak dan berdiam diri dari memakan semua makanan itu apabila dia ternampak tulang tulang manusia yang tersembunyi tidak jauh darinya, di saat itu, SINBAD menyedari bahawa tujuan puak itu memberi makanan kepada mereka kerana mereka adalah kanibal, manusia pemakan manusia.

SINBAD yang semakin murung apabila menolak makanan mereka beberapa hari berjaya melarikan diri apabila puak itu tidak mengendahkannya lagi, ketika itu juga dia telah diselamatkan oleh sekumpulan karavan dan membawanya ke sebuah perkampungan

ketika berada disanan, SINBAD telah dikahwinkan dengan seorang gadis yang cantik dan kaya raya, tetapi sepanjang perkahwinannya, SINBAD tidak tahu bahawa diperkampungan tersebut terdapat satu adat dimana

jika salah seorang pasangan suami isteri meninggal dunia, yang masih hidup akan dikebumikan sekali dengan pakaian yang cantik dan perhiasan emas.

(/ω\)

pada suatu hari, isterinya jatuh sakit dan meninggal tidak lama kemudian, SINBAD telah ditanam hidup hidup bersama mayat isterinya bersama satu bekas air dan 7 buku roti, melihat mayat isterinya, SINBAD berasa sedih namun dia masih memiliki azam untuk hidup dan melihat dunia ciptaan tuhannya.

SINBAD cuba menggali tanah disekelilingnya untuk mencari lubang menuju ke permukaan namun tidak berjaya, tiba tiba seekor haiwan buas yang menyerupai serigala atau musang muncul dan menunjuk jalan menuju ke permukaan pantai, disitu SINBAD menunggu kapal kapal pedagang yang melintasi pulau tersebut untuk membawanya pulang ke BAGHDAD

(ΟΔΟ;;)


Wednesday, 16 March 2016

THE THIRD VOYAGE OF SINBAD THE SAILOR

o(*≧□≦)o

guys~~~~~

nak dengar lagi cerita yang tak seberapa ni dari KING?

silakan membaca
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH
(ノ^ヮ^)ノ*:・゚✧


pelayaran ketiga SINBAD bermula tidak lama selepas beliau pulang ke BAGHDAD dari pelayaran keduannya

semua ini disebabkan beliau berasa bersemangat dan teruja untuk pengembaraan baru, u know that feels right, bila kita buat sesuatu yang kita suka, of coz kita akan berasa seronok terutama apabila ia mendatangkan hasil, manfaat dan pengalaman yang tidak ternilai.

untuk pelayaran yang ketiga, SINBAD berlayar dari BASRA kerana menurut beberapa catatan, SINBAD menuju ke BASRA untuk mendapatkan kapal dan peralatan serta anak kapal yang akan bersama samanya di dalam pelayaran ini, terdapat catatan mengatakan juga bahawa BASRA adalah salah sebuah pelabuhan yang disinggah oleh pedagang dunia.

sepanjang pelayaran ketiganya, SINBAD mengharapkan sebuah pengembaraan yang hebat dan menakjubkan, namun sebuah tragedi telah berlaku menyebabkan mereka terdampar di sebuah pulau yang dihuni oleh makhluk yang menakutkan.

(SEKADAR RUJUKAN)

makhluk tersebut sungguh besar menyerupai manusia dan bewarna hitam, memiliki gigi yang tajam dan panjang, memiliki satu mata yang kemerahan seperti biji saga, mulut yang terjuih sehingga ke dadanya, telingan yang besar dan panjang kebahu, kuku yang sungguh tajam dan mengeluarkan bunyi yang menakutkan.

SINBAD dan kelasinya telah diserang serta merta, dan makhluk tersebut mula memakan satu demi satu anak kapalnya bermula dengan kapten kerana berbadan besar.

melihat keadaan tersebut, SINBAD segera bersembunyi bersama anak kapalnya yang masih hidup, jika tidak dilakukan sesuatu, mereka semua akan menjadi makanan makhluk tersebut, namun SINBAD berjaya memikirkan satu cadangan dan memulakannya dengan membina rakit dari kayu kayu dihutan tersebut.

keesokan harinya
SINBAD bersama anak kapalnya menyerang makhluk tersebut dengan besi yang digunakan oleh makhluk itu untuk memanggang manusia, kedua dua mata makhluk itu buta dicucuk besi tersebut membuatkan ia menjerit kesakitan, disaat itu SINBAD dan anak kapalnya yang masih hidup segera melarikan diri menggunakan rakit yang dibina mereka.

ada sebuah rujukan menyatakan bahawa bukan satu, tetapi makhluk tersebut banyak dan ketika SINBAD melarikan diri, melihat satu daripada mereka yang diserang oleh SINBAD, makhluk yang lain bertindak membaling batu kearah SINBAD dan anak kapalnya membuatkan ramai yang mati.

u know guys.. why KING suka baca cerita cerita begini, 70% dari kawasan lautan belum diterokai oleh manusia, jangan jadi negative guys, miracle do happens, cuma kita yang tidak sedar.

(/¯◡ ‿ ◡)/¯ ~ ┻━┻


THE SECOND VOYAGE OF SINBAD THE SAILOR

ƪ(`▿▿▿▿´ƪ)

HELLO GUYS

LONG TIME NO SEE

actually there r tooooo many things to do as a daughter, as a first child, as a student, as a woman
HAHAHAHAHAHAHHAAHAHAH
so here i am

there are many thing yang ki-chan nak update tapi tak kesampaian, terima kasih kerana menantikannya...

HUHUHUHUHU
lepas KING check semula overview this blog, it's awesome guys!!!!
THANK YOU FOR YOUR TIME

today KING nak cerita mengenai pengembaraan kedua SINBAD


cute right...SINBAD dari MAGI memang comel guys

pengembaraan yang kedua disebabkan SINBAD mula berasa bosan dengan kehidupannya yang serba mewah.

"aku ingin melihat keajaiban dunia yang masih belum diterokai oleh manusia"

SINBAD mula belayar dan secara tidak sengaja telah terdampar di sebuah pulau yang terdapat telur RUKH atau dikenali sebagai ROC.

(SEKADAR RUJUKAN)

RUKH atau ROC telah digambarkan sebagai seekor burung pemangsa yang sangat besar di dalam mitos timur tengah, dan ia juga terdapat dalam mitos yang lain dengan nama yang berbeza.

SINBAD telah mengikat dirinya pada RUKH tersebut dan dibawa terbang ke sebuah kawasan pergunungan yang didiami oleh ular ular besar yang mampu menelan haiwan sebesar gajah. Ketika berada disitu, SINBAD mendapati diatas tanah kawasan pergunungan tersebut dipenuhi berlian, bimbang kehadirannya diketahui oleh haiwan haiwan pemangsa yang wujud di pulau tersebut, SINBAD telah mencampak seketul daging yang besar keatas tanah yang dipenuhi berlian itu lantas mengikat dirinya pada daging tersebut.

RUKH yang terbang berkeliaran di udara ternampak daging tersebut lalu menyambarnya dan membawanya pulang ke sarangnya, apabila berada disitu, SINBAD membuka ikatannya dan segera bersembunyi dalam sarang tersebut sehingga rakan rakan dagangannya datang menyelamatkannya, ketika mereka menjumpai SINBAD, terdapat seguni berlian yang tidak ternilai bersamanya membuatkan apabila beliau pulang ke BAGHDAD dengan penuh kegembiraan bukti pengembaraanya yang begitu menakjubkan

heeeeee.....actually, KING ada buat research mengenai SINBAD AND THE SEVEN SEA, ada beberapa buku yang ki-chan baca di library university and WIKI.. hahahaha
tetapi

memang tak banyak buku buku tentang SINBAD, sesiapa yang ada!!! sila beri tajuk buku kepada KING

I WANT TO BUY IT
seriously

I'm totally serious

look at my face
<(`^´)>

Tuesday, 28 July 2015

THE FIRST VOYAGE OF SINBAD THE SAILOR

ヽ(o≧д≦o)ノнёllо!!!

OK today KING nak sambung mengenai pengembaraan SINBAD!!!
sinbad the sailor menceritakan kisah pelayarannya yang pertama kepada sailor the porter.

SINBAD telah mewarisi kekayaan peninggalan bapanya, tetapi ia hanya bertahan buat sementara waktu sahaja kerana SINBAD membelanjakan semuanya tanpa berfikir panjang (pemboros). apabila beliau sudah tidak memiliki apa-apa lagi, SINBAD mengambil keputusan untuk berlayar di lautan bagi memperbaiki nasibnya.

menjual semua harta yang tinggal miliknya untuk membeli sebuah kapal dan mencari anak-anak kapal, beliau mula berlayar dan berhenti di sebuah pulau. apabila SINBAD dan anak kapalnya cuba menghidupkan unggu api, pulau tersebut bergoyang.... rupa-rupanya pulau tersebut adalah sebuah ikan paus yang sangat besar, pokok-pokok tersebut telah tumbuh di belakang badan ikan paus itu sejak kecil lagi.

kapal tersebut telah berlayar tanpa SINBAD dan ikan paus tersebut berenang menuju ke lautan dalam, SINBAD yang berpaut di sebuah kayu telah terdampar di sebuah pulau yang memiliki hutan tebal. ketika menjelajah hutan tebal tersebut, SINBAD telah terserempak dengan seorang penjaga kuda yang dalam masaalah, beliau telah membantu penjaga kuda tersebut menyelamatkan kuda milik RAJA kerajaan tersebut. kemudian penjaga kuda itu membawa SINBAD menghadap raja.

RAJA itu terhutang budi dengan SINBAD dan mula mempercayainya apabila beliau menjadi broker kepada raja tersebut. pada suatu hari kapal SINBAD berada di pelabuhan, beliau telah memberi kepada RAJA barang miliknya manakala RAJA kerajaan itu memberinya barangan yang mahal sebagai hadiah . SINBAD menjual hadiah tersebut dan mendapat keuntungan yang besar, dengan kekayaan tersebut SINBAD kembali ke BAGHDAD dan menjalani kehidupan yang selesa.

apabila kisah perlayarannya yang pertama tamat, sinbad the sailor memberi 100 keping emas kepada sinbad the porter agar dia kembali keesokan harinya dan mendengar kisah pelayarannya yang seterusnya.
itulah kisah pelayaran pertama sinbad the sailor... mungkin KING tidak menceritakannya dengan sempurna tetapi mari kita berkongsi~~~ hahaha... jika jalan cerita yang KING ceritakan lain dari yang lain...minta inform!!... hihihi..
(*^θ^)Thanks♪


Wednesday, 22 July 2015

MAGI: SINBAD THE SAILOR VS KING SINBAD

(@´∀`)ノнёllо GUYS~~

today KING nak bercerita tentang SINBAD~~
semua mesti kenal character ni kan!!!

yes!! yes!! KING SINBAD FROM SINDRIA in MAGI ANIME


SINBAD THE SAILOR atau SINBAD SI PELAUT adalah salah satu hikayat 1001 malam yang diceritakan oleh QUEEN SHAHRAZAD kepada suaminya KING SHAHRYAR untuk mengelakkan dirinya dari dipancung. ∑(ΦдΦlll Shock!!

SINBAD THE SAILOR adalah seorang pelaut berasal dari Timur Tengah, SINBAD berasal dari Basrah, namun ada pendapat mengatakan ia hanyalah fiksyen. Semasa pelayaran beliau sepanjang laut timur Afrika dan selatan Asia, dia melalui pengembaraan yang sungguh hebat, menjumpai tempat-tempat ajaib, raksaksa, dan mengalami perkara-perkara ghaib.

AWESOME!! Σ(▼□▼メ)

SINBAD THE PORTER & SINBAD THE SAILOR
Dalam hikayat 1001 malam, pada zaman Harun al-Rashid, Khalifah Baghdad, seorang pemuda miskin yang bekerja mengambil upah mengangkat barang, berhenti berehat di hadapan sebuah rumah pedagang yang sangat kaya, disitu dia mengadu kepada tuhannya, orang yang kaya hidup senang sedangkan orang yang misking bekerja keras tetapi masih miskin. Pemilik rumah yang mendengar rungutan pemuda itu memanggilnya masuk dan bertanyakan namanya, apabila mengetahui nama mereka sama- SINBAD, pedagang yang bernama sinbad itu menceritakan kepada pemuda tersebut mengenai 7 pengembaraanya yang menakjubkan.

Σ(O_Oil!) sноск!!

hahahaha....nak tahu cerita 7 pengembaraan tersebut... KING akan cerita di lain hari~~