Pages

Tuesday 28 July 2015

THE FIRST VOYAGE OF SINBAD THE SAILOR

ヽ(o≧д≦o)ノнёllо!!!

OK today KING nak sambung mengenai pengembaraan SINBAD!!!
sinbad the sailor menceritakan kisah pelayarannya yang pertama kepada sailor the porter.

SINBAD telah mewarisi kekayaan peninggalan bapanya, tetapi ia hanya bertahan buat sementara waktu sahaja kerana SINBAD membelanjakan semuanya tanpa berfikir panjang (pemboros). apabila beliau sudah tidak memiliki apa-apa lagi, SINBAD mengambil keputusan untuk berlayar di lautan bagi memperbaiki nasibnya.

menjual semua harta yang tinggal miliknya untuk membeli sebuah kapal dan mencari anak-anak kapal, beliau mula berlayar dan berhenti di sebuah pulau. apabila SINBAD dan anak kapalnya cuba menghidupkan unggu api, pulau tersebut bergoyang.... rupa-rupanya pulau tersebut adalah sebuah ikan paus yang sangat besar, pokok-pokok tersebut telah tumbuh di belakang badan ikan paus itu sejak kecil lagi.

kapal tersebut telah berlayar tanpa SINBAD dan ikan paus tersebut berenang menuju ke lautan dalam, SINBAD yang berpaut di sebuah kayu telah terdampar di sebuah pulau yang memiliki hutan tebal. ketika menjelajah hutan tebal tersebut, SINBAD telah terserempak dengan seorang penjaga kuda yang dalam masaalah, beliau telah membantu penjaga kuda tersebut menyelamatkan kuda milik RAJA kerajaan tersebut. kemudian penjaga kuda itu membawa SINBAD menghadap raja.

RAJA itu terhutang budi dengan SINBAD dan mula mempercayainya apabila beliau menjadi broker kepada raja tersebut. pada suatu hari kapal SINBAD berada di pelabuhan, beliau telah memberi kepada RAJA barang miliknya manakala RAJA kerajaan itu memberinya barangan yang mahal sebagai hadiah . SINBAD menjual hadiah tersebut dan mendapat keuntungan yang besar, dengan kekayaan tersebut SINBAD kembali ke BAGHDAD dan menjalani kehidupan yang selesa.

apabila kisah perlayarannya yang pertama tamat, sinbad the sailor memberi 100 keping emas kepada sinbad the porter agar dia kembali keesokan harinya dan mendengar kisah pelayarannya yang seterusnya.
itulah kisah pelayaran pertama sinbad the sailor... mungkin KING tidak menceritakannya dengan sempurna tetapi mari kita berkongsi~~~ hahaha... jika jalan cerita yang KING ceritakan lain dari yang lain...minta inform!!... hihihi..
(*^θ^)Thanks♪


No comments:

Post a Comment