Pages

Sunday 11 October 2015

MAGI: QUEEN SHEBA VS BALQIS

HELLO~~
o(*≧□≦)o
today KING nak introduce QUEEN SHEBA to you guys!!


sesiapa pembaca setia MAGI mesti kenal SHEBA right~~~ solomon punya cute little girl~~ hahahaha... anyway... at the end.... SHEBA menjadi queen of the country...

tanpa mengetahui namanya yang sebenar, SHEBA banyak muncul dalam hikayat dari timur tengah dan africa

QUEEN SHEBA tercatit kisahnya di dalam bibble tanpa nama sebenarnya.. ヾ(*・ω・)ノ

di dalam Al-Quran sebagai RATU BALQIS dari Kerajaan SABAK.. ヾ(・ω・*)ノ
kisah dari Ethiopia sebagai MAKEDA ヽ( ´¬`)ノ
walaupun mereka memiliki cerita atau hikayat yang berbeza.. namun terdapat sedikit persamaan diantara kisah yang tercatit...

beliau dikatakan cantik dan menawan, jadi dibawah ada sedikit info

RATU BALQIS adalah pemerintah kerajaan sabak yang kaya raya dan bertuhankan matahari, pada suatu hari, seekor burung hud hud menjatuhkan sepucuk surat dihadapannya, apabila dibaca, ia adalah surat daripada NABI SULAIMAN yang merupakan raja atau pemerintah kerajaan bani israil.

di dalam surat tersebut, NABI SULAIMAN menyeru RATU BALQIS untuk menyembah tuhannya iaitu ALLAH, dan menyerah diri kepadanya, lantas RATU BALQIS berbincang dengan semua pembesarnya, ada yang bersetuju ada yang membantah. namun RATU BALQIS tidak bersetuju dengan cadangan untuk berperang.

RATU BALQIS menghantar utusan kepada NABI SULAIMAN dan pelbagai hadiah berbentuk emas, intan dan berlian tetapi NABI SULAIMAN mengarahkan mereka pulang pengutus tersebut dapat melihat sendiri akan kekayaan NABI SULAIMAN dan memberitahu bahawa beliau akan menyerang sabak jika mereka tidak menyembah ALLAH.

setelah pulang ke sabak dan memberitahu RATU BALQIS apa yang terjadi dan dilihat mereka, RATU BALQIS mengambil keputusan untuk ke kerajaan NABI SULAIMAN dan melihat sendiri kehebatannya, apabila tiba di kerajaan tersebut, alangkah terkejutnya apabila kerusi singgah sana miliknya berada disitu.

ia berlaku kerana NABI SULAIMAN sudah mengetahui kehadiran RATU BALQIS lalu berbincang dengan pekerjanya yang terdiri daripada manusia dan jin, beliau bertanya diantara mereka siapa yang mampu membawa kerusi singgah sana RATU BALQIS ke sini dengan sepantas mungkin. salah satu makhluk jin itu pun sanggup melakukannya,

apabila berada disanan, RATU BALQIS kagum melihat istana NABI SULAIMAN yang begitu hebat berbandingnya, dan berasa malu akan kerajaannya yang tidak mampu menandingi NABI SULAIMAN.

akhirnya RATU BALQIS tunduk dan patuh segala perintah NABI SULAIMAN dan bersama sama kerajaan sabak, mula beriman kepada ALLAH Yang Maha Esa.

QUEEN SHEBA juga dikenali sebagai seorang ahli sihir yang ditakuti didalam kisahnya yang berbeza... namun tak banyak yang diceritakan... ia lebih kepada fiksyen yang tidak pasti sumbernya...
Σ(ノ°▽°)ノ

anyway...SHEBA di dalam MAGI memang cuteeeeeeeeeeeeee

especially bila dia bersama SOLOMON... kepercayaannya yang diletakkan kepada rajanya itu kerana dia tahu cabaran sebagai seorang pemimpin terutama sebagai pemerintah sesebuah kerajaan

No comments:

Post a Comment