Pages

Saturday, 25 July 2015

MAGI: MAGI SCHEHERAZADE & PRINCESS DUNYA

Helloゝ(・ω・´)(`・ω・´)(`・ω・)ノHello

HELLOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO~~

hahahaha....today KING nak kongsi sikit mengenai 
SCHEHERAZADE from MAGI
DUNYA from MAGI
o(*^▽^*)o♪
 scheherazade adalah pemaisuri parsi yang menceritakan hikayat 1001 malam~~

KING SHAHRYAR akan berkahwin dengan gadis pada hari ini dan keesokan harinya beliau akan menjatuhkan hukuman pancung kepada gadis tersebut, inilah yang sering dilakukan oleh SHAHRYAR apabila mendapati isterinya yang pertama telah berlaku curang kepadanya. apabila SHAHRYAR dikenalkan dengan SCHEHERAZADE anak kepada seorang wazir, dia telah membunuh 1000 orang gadis sebelum ini.

SCHEHERAZADE bersetuju dengan bapanya dan mengahwini SHAHRYAR, keesokan harinya, sebelum SCHEHERAZADE dihantar untuk dipancung, beliau meminta kebenaran untuk berjumpa dengan adiknya DUNYAZAD kerana telah berjanji untuk menceritakan kepadanya hikayat.

SHAHRYAR bersetuju atas permintaannya, apabila SCHEHERAZADE menceritakan kepada DUNYAZAD hikayat yang pertama, SHAHRYAR mendengar dengan penuh minat, tetapi SCHEHERAZADE berhenti di tengah hikayat lalu SHAHRYAR bertanya kesudahan hikayat tersebut namun dia memberitahu hari sudah lewat malam dan dia akan menyambungnya esok. SHAHRYAR bersetuju dan SCHEHERAZADE tidak digantung kerana beliau ingin mengetahui kesudahannya

keesokan harinya SCHEHERAZADE menyambung hikayatnya yang semalam dan menceritakan hikayat yang kedua lalu berhenti di tengah hikayat yang kedua dengan alasan yang sama. SHAHRYAR sekali lagi bersetuju untuk membiarkan SCHEHERAZADE hidup sehingga keesokan harinya kerana beliau ingin mengetahui kesudahannya. SCHEHERAZADE menceritakan hikayatnya sehingga ke malam yang ke 1001 dan hikayat yang ke 1000, SCHEHERAZADE memberitahu bahawa dia tiada hikayat yang dapat diceritakan lagi kepadanya. pada malam yang ke 1001 itu, SHAHRYAR jatuh cinta pada SCHEHERAZADE dan memiliki 3 orang anak lelaki bersamanya, disebabkan SCHEHERAZADE dan 1000 hikayat yang diceritakannya, SHAHRYAR menjadi seorang yang lebih bijak dan baik hati, beliau menjadikan SCHEHERAZADE sebagai pemaisurinya sehingga ke akhirnya.


well~~ dalam MAGI....SCHEHERAZADE dan DUNYA adalah 2 character yang tiada kaitan antara satu sama lain tetapi mereka berdua memiliki ketabahan yang kuat bagi seorang perempuan~~

bagi KING~~ mereka berdua adalah watak yang sangat hebat kerana memiliki latar belakang yang menakjubkan~~ hahaha